genre: wildlife flora title: tunas baru medium: water color size: 25cm x 25cm year: 1999 price: myr 300.00 |
Ketika
haiwan-haiwan purbakala buat pertama kali muncul dari lautan,
menjelajah tanah daratan pada zaman Devonian iaitu 350 juta tahun yang
lalu, mereka bertemu hutan paya yang rimbun yang terdiri dari pohon
paku-pakis dan pohon-pohon besar. Paya air tawar juga terdapat pohon
dengan sistem akar seperti jangkungan mengingatkan kita pada hari ini
kepada hutan Bakau, yang mungkin hutan Bakau yang ada sekarang adalah
muncul lebih lewat, mungkin hanya sebelum kepupusan Dinosaur terakhir,
menuju tempuh terakhir zaman Cretaceous iaitu 125 hingga 140 juta tahun
yang lalu. Fosil tertua pohon Bakau yang diketahui, yang terdiri dari
debunga sari kelapa Nipah di Brazil, tarikh kembali pada masa Paleocene
iaitu sekitar 70 juta tahun lalu. Bukti fosil yang dperolehi dari negeri
Iowa dan Kansas di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa Bakau berkembang
dari tumbuhan jenis berbunga di paya air tawar dan tidak muncul dari
suatu cawangan khusus tumbuhan pukis-pakis salt-tolerance. Sejumlah persamaan disegi morphological
(satu cabang kaji hayat mengenai bentuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan)
antara tumbuhan paya di daratan masa kini dengan pohon Bakau adalah
menyokong teori ini.
Dalam
perkembangan tumbuhan yang seakan-akan pohon Bakau, sejumlah proses
evolusi penting telah berlaku. Pertama, kewujudan percambahan organ yang
menjadi kelangsungan hidup ketika berasingan; kedua, anak benih yang
disesuaikan dengan persekitaran bergaram; dan ketiga, penambahan akar
yang tumbuh dalam udara berkeadaan bercangkungan untuk permantapan dan
pernafasan. Pada pembentukan yang ketiga, proses evolusi ini telah
memberikan sebahagian besar kesimpulan. Sejak itu, peristiwa geomorphic jangka
panjang seperti zaman Ais, dan pergerakan tectonic telah beransur-ansur
mendorong Bakau kembali ke deretan sekarang iaitu taburan mereka di zon
tropikal di kedua bahagian hemispiar. Selama proses ini berlaku,
beberapa spesies telah pupus, sementara yang lain sebelumnya merebakkan
taburannya secara menyeluruh dan terbatas pada wilayah geografi lain. Jenis Pelliciera memberikan contoh yang baik terhadap proses tersebut.
Selama
zaman Oligocene dan Miocene iaitu 35 hingga ke puluhan juta tahun yang
lalu, pohon ini beredaran dari persisiran Pasifik di Amerika Selatan dan
Amerika Tengah ke pantai timur Brazil. Dalam perubahan iklim berikutan
zaman Ais dan turun-naiknya aras laut spesies ini telah menghilang dalam
jumlah yang banyak di wilayah pesisir tersebut. Hari ini, rentangan
geografi Pelliciera terbatas pada peregangan pesisiran antara Peru Utara
dan pantai Timur Panama.
Bakau
mencapai ketinggiannya sebagai spesies tertinggi dengan pelbagai ragam
dan berlimpahan di wilayah Indo-Pasifik Tengah mulai dari Malaysia ke
Pulau Guinea. Sangat mungkin bahwa di wilayah Indo-Malaya tumbuhan yang
lebih tinggi juga berkembang disegi kemampuan untuk membenarkan
persekitaran yang bergaram. Jika tidak dipercepatkan oleh keadaan iklim
perantauan dan kawasan geomorphological yang menyenangkan
perkembangan hutan Bakau, proses evolusinya akan terangsang
(geomorphological penelitian ilmiah tentang bentuk tanah dan proses yang
membentuknya). Penghabisan tetapi tidak tersedikit, asal-usul di
pelbagai kepulauan di wilayah ini, kecenderungan berevolusi secara
bersendirian pada kebanyakan masyarakat tumbuhan dan haiwan menyebabkan
sangat tinggi keaneka-ragaman hayat mereka.
Debunga sari pohon Bakau tidak hanya memainkan peranan penting dalam paleontology,
tetapi juga dalam pencarian kawasan minyak yang baru (paleontology
merupakan kajian tentang kehidupan prasejarah, termasuk evolusi
organisma dan, interaksi antara satu sama lain dan persekitaran mereka).
Debunga sari Bakau adalah petunjuk biologikal yang berguna yang dapat
memandu pencari-galian minyak melalui endapan fosil dengan kandungan
bahan organik yang tinggi. Hal ini terutama terjadi di delta sungai
zaman purba dimana melalui penggabungan faktor, lapangan minyak yang
sangat banyak hasilnya telah dikembangkan misalnya dari delta Niger
hingga sepanjang persisiran pantai Cameroon.
Debunga sari pohon Bakau juga petunjuk yang berguna untuk pembinaan semula taburan palaeogeographical
masyarakat tumbuhan yang terdahulu (palaeogeographical merupakan kajian
tentang persekitaran geologi kuno dalam aras bumi, sebagai terawet
dalam lapisan batu-batan). Sebagai contoh, ditemui pada selama zaman
Eocene iaitu 45 hingga 65 juta tahun yang lalu, keluasan hutan kelapa
Nypa yang tumbuh di daerah yang sekarang diketahui tapaknya adalah di
London dan Paris, serta di kebanyakan tempat di Belgium, Utara Sepanyol
dan Selatan Belarussia. Berdasarkan kepada laporan fosil debunga sari
yang lebih tua bertarikh pada zaman Paleocene kita juga tahu bahawa
Bakau di daerah ini berkembang biak dimana sekarang sudah tidak ada
lagi, seperti di timur-laut Brazil, Florida dan Senegal. Sangat menarik
untuk dicatat bahawa sebegitu jutaan tahun yang lalu di pinggiran utara
Mediterranean hingga mencapai pinggir banjaran Alp, pernah berhutan
dengan kerimbunan pohon-pohon dari spesies Avicennia. Disamping itu,
perubahan pada persamaan sejumlah kecil tumbuhan ini nampaknya telah
terjadi di benua Australia. Disini, keterangan mengenai debunga sari
menemui kembali ke zaman muda Oligocene, sebagian besar daftar
jenis-jenis tumbuhan yang ditemui di daerah ini kini adalah seperti
Avicennia, Sonneratia dan Rhizophora.
Hutan
Bakau biasanya berbagai dan sebahagian besar adalah ditemui di
pesisiran tropikal yang berair cetek yang ditandai dengan keadaan
persekitaran tertentu iaitu: ciri-ciri topografi; morfologi pantai;
fluktuasi berkala yang berkaitan dengan pencerobohan air masin dan air
tawar; kekerapan pasang-surut air; beban endapan yang diangkut oleh arus
pesisiran dan pengaliran air sungai; suhu dan kelembapan; pengaruh dari
perbuatan manusia seperti penggunaan kawasan secara besar-besaran dan
tebus-guna kawasan.
Sebaliknya, pelbagai jenis pembentukan Bakau akan menjadi pendiri dalam peredaran waktu, bergantunglah pada ketepatan geomorphology dan latar belakang climatological yang tepat dan proses sedimentology
yang lazim berlaku. Dengan lain perkataan, setiap kumpulan hutan Bakau
adalah hasil kesesuaian masyarakat tumbuhan kepada jasad dan hayat yang
sebenar di dalam persekitaran yang khusus. Setiap hutan Bakau tertentu
dapat ditafsirkan sebagai sebuah foto yang dirakamkan semasa proses
selang-menyelang peredaran alam yang dapat mengambil mana-mana sahaja
dari beberapa minit kepada beberapa dekad. Ini menunjukkan kesulitan
membahagikan jenis pohon Bakau di tanah basah. Namun terlepas dari ini,
perbezaan yang berguna dapat dibuat untuk tujuan yang berhubung-kait
dengan jenis utama dari bentuk-bentuk tanah Bakau dengan ketetapan
pemetaan dan morfologi wilayah pesisir tertentu.
Ketika mempertimbangkan pembahagian dalam pengukuran tambahan seperti proses hydrodynamic dan sedimentology,
kita boleh mengenal-pasti pembentukan enam jenis tanah yang akan
menghasilkan prasyarat yang cocok untuk kemajuan hutan Bakau. "Mangal"
demikian difahami sebagai pelbagai sistem pesisiran dari penghasilan
yang berbeza, tatacara biofisik dengan hidrologi yang berbeza dan
penentuan asal ekologi. Semua susunan anatomi petunjuk pohon Bakau
dengan tujuan yang hanya satu iaitu untuk mengatasi tentangan
persekitaran yang berubah terhadap penumpuan garam dalam tanah dan air,
asas berlapis tidak stabil, badai, lonjakan gelombang dan arus.
Dalam
haluan evolusi pohon Bakau, telah berkembang jawaban cerdik untuk
mengatasi kepayahan dan ini tercermin dalam susunan rapi anatomi mereka,
dimulai dengan mahkota senibina yang seimbang wajar bahkan menjadi
lebih jelas ketika pemeriksaan butiran anatomi terhadap akar dan daun.
Bunga Bakau kebanyakan putih dan tidak menarik perhatian. Walaupun
burung penghisap madu dan kelawar juga dikenali sebagai vektor biologi
terhadap debunga Bakau, sebahagian besar Bakau adalah disenyawakan oleh
serangga seperti hawk moth, sphink moths, lebah dan
tebuan. Jenis Bakau Rhizophora disenyawakan oleh angin. Petunjuk untuk
jenis pendebungaan ini adalah bergantung kepada tahap tinggi
pencahayaan, debunga sari, tidak adanya bau yang menarik dan
kemenafaatan madu. Rhizophora juga mampu melakukan persenyawaan secara
bersendirian. Seperti kebanyakan jenis Bakau Avicennia, ia adalah hermaphroditic
(dalam hal biologi, hermaphroditic adalah haiwan atau tumbuhan yang
memiliki organ pembiakan biasanya berkaitan dengan kedua-dua jenis
kelamin jantan dan betina). Sebagai daya tarikan tambahan untuk lebah,
tebuan dan semut adalah bunganya menyelerakkan bau harum.
Seperti
kebanyakan pohon tropikal dan tidak seperti pohon yang terdapat paling
di garis lintang iklim sederhana, kayu Bakau tidak memiliki lingkaran
pertumbuhan tahunan yang membolehkan penentuan umur dapat dikenal pasti
(dilihat pada keratan batang). Walaupun pada dinding sel dari sistem
vaskular yang berbeza, pelbagai zat warna tersimpan, memberikan kesan
lingkaran tahunan berturut-turut, lingkaran ini tiada persamaan yang
teratur dan proses metabolisme bermusim dari pohon, dengan
demikian tidak dapat mengenali usianya yang sebenar. Ciri khas lainnya
dari kayu Bakau adalah tidak adanya "heartwood", sempit dan padat
pembahagian saluran-saluran pembuluhnya. Tidak seperti kebanyakan pohon
di kawasan beriklim sederhana, saluran urat Bakau tidak ditemui di
sekeliling bahagian batang. Ketetapan ini menghasilkan menafaat tambahan
dengan sistem pembuluh merata beredar di dalam batang. Pohon Bakau akan
dapat bertahan walaupun jika pada kulit atau bahagian dari batangnya
rosak oleh kemasukan atau pengaliran benda yang terapung atau kesan lain
seperti benda fizikal yang berat, ini menunjukan tumbuhan ini sangat
berkebolehan menyesuaikan diri dalam keadaan payah.
Berbagai
sistem akar telah berkembang oleh spesies yang berbeza untuk
melengkapkan diri dengan keseimbangan yang cukup sesuai di dasar
berlumpur dan sekaligus berfungsi sebagai organ pernafasan tambahan.
Rencana
ini adalah dipadankan dari catatan dalam Bahasa Inggeris mengenai
evolusi Bakau. Diterjemah-tafsirkan kedalam Bahasa Melayu secara yang
dirasakan sesuai. Mungkin ada bahagian yang secara tidak sengaja
menyebabkan pembaca terkeliru. Mohon maaf.