"Seterusnya, karya cat air Mohammed Zaki yang bertajuk 'Nelayan dan Seni #5' (Fisherman and Art No 5) memaparkan kehidupan nelayan Pantai Dasar Sabak Kelantan. Seni ukiran perahu telah dirakam dengan indahnya melalui penguasaan teknik cat air. Begitu juga dengan gambaran figur yang sedang menolak atau menarik perahu ke darat dan gambaran laut yang luas terbentang. Keindahan alam semulajadi dengan penghuninya telah berjaya dirakam dengan penuh kepekaannya. Corak-corak batik, ukiran awan larat dan warna mencerminkan kekayaan adat dan tradisi kehidupan nelayan yang biasa terdapat di pantai timur. Segala sesuatu diusahakan dengan penuh rasa keindahan dan dinyatakan disekelilingnya. Hidup bermuafakat dan saling bantu membantu dalam mengharungi kehidupan mencari rezeki yang halal. Gambaran ini penting sebagai sebuah dokumen sejarah kehidupan rakyat Malaysia di Pantai Timur Malaysia dan akan pupus jika tidak diberi perhatian serta pembelaan yang sewajarnya. Mohammed Zaki memaparkan penguasaan teknik cat air dengan baik. Beliau peka dengan permainan warna dan cahaya serta berjaya mengwujudkan suatu kesatuan yang mantap pada keseluruhan permukaan karya.
Pameran Terbuka anjuran Galeri Shah Alam sekali lagi telah dapat menambah bakat-bakat baru yang berpotensi tinggi dalam kelangsungan sejarah seni visual Negara di peringkat negeri Selangor. Usaha yang murni ini seharusnya disokong dan disanjung tinggi oleh semua pihak. Kesempurnaan sesuatu masyarakat dan tamadun kebiasaannya dilihat dari keindahan hasil seninya kerana di sinilah tersirat segala nilai dan erti kemanusiaan. Wallahu'alam."
This note is plucked from the yearbook on Open Art Exhibition which organized and sponsored by Galeri Shah Alam, for year 2013. The note was written by Prof. Dr. D'zul Haimi bin Md Zain (August 2013).
The painting in above is one of five artworks which have successfully received Incentive Awards, in conjunction with Open Art Exhibition 2013 in Galeri Shah Alam. The Incentive Awards are the annual contribution from Galeri Shah Alam to artists who managed to produce the best artworks.
"