genre: orchard vegetation
title: 'mangga'
medium: water color on paper
size: 25cm x 25cm
year: 2003
price: myr 300.00
|
Daun
mangga dianggap beracun dan tidak sesuai sebagai makanan ternakan.
Ianya dikatakan dapat membunuh ternakan umpamanya lembu, kambing,
biri-biri atau ternakan lain yang biasa merumput.
Buah mangga pada umumnya berbentuk lonjong. Sebenarnya bergantunglah pada spesies.
Isinya lembik dan berair. Isi buah yang masak biasanya berwarna jingga
dengan serabut yang keluar dari kulit benih memenuhi isi. Kulit luarnya
ada yang berwarna kuning, hijau, jingga dan merah. Buahnya dikatakan
benar-benar enak dan lazat. Kadar kandungan air yang tinggi, rasa manis
yang lazat membuat mangga menyegarkan. Jus dari mangga juga lazat.
Selain dari mangga dimakan secara makan segar, dapat juga digunakan
untuk membuat beberapa makanan lain seperti acar dan sos mangga. Buah
Mangga yang masak umum manis rasanya tapi mangga putik rasanya masam.
Kerana rasa masam inilah ia sering di buat acar. Selalu juga dibuat
jeruk.
Sebiji buah mangga umumnya mengandungi protein sekitar 1%, gula 15%, vitamin terutamanya vitamin A, Vitamin B dan Vitamin C, Asid lemak, Karbonhidrat dan Mineral. Zat dan vitamin yang terkandung mengikut berat bagi setiap biji adalah seperti berikut; Kalori 68, Protein 0.6gm, Karbohidrat 16gm, Lemak 0.29gm, Kolesterol 0.1gm, Natrium 2gm, Kalium 157gm, Vitamin A 3890IU dan Vitamin C 26gm.
Di negara maju Buah mangga dijadikan sos utama kerana khasiatnya. Dikatakan oleh ahli kesihatan, memakan Buah mangga menenangkan usus kerana ianya mudah dicernakan dan juga bermanfaat bagi otak. Kadang-kala digunakan untuk menghentikan pendarahan. Ia juga dapat memperkuatkan jantung. The article is in Malay language