ki-watercolor: dome of the rock


Namely, those who were driven away from their homelands for no other reason than their saying: "Our Sustainer is Allah." And if Allah had not restrained some men through some others; monasteries, churches, synagogues and mosques in which the name of Allah is much mentioned, would have been razed. Allah will surely support those who support His (efforts). Indeed, Allah is Powerful and Exalted in Might."    
Al Quran (Al Hajj 40)

genreislam heritage
title: dome of the rock of Al Aqsa
medium: water color
size: 50cm x 50cm
year: 2013
price:myr 2000.00


Al-Aqsa dan Solomon’s Temple. Tinjauan sejarah silamnya melalui dua pandangan iaitu, Islam dan Barat. 

Dunia Barat mengenali Raja Sulaiman sebagai King Solomon. Baginda dianggap raja Yahudi yang membina rumah ibadat yang mereka kenali sebagai Solomon’s Temple, tentunya dianggap berugama Yahudi. Solomon’s Temple jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu bermaksud 'Kuil Sulaiman'. Dalam bahasa Arab, 'Solomon' menjadi 'Sulaiman' dan 'temple' menjadi 'kuil'. Tetapi ianya tidak tepat, kerana perkataan 'kuil' asalnya daripada 'kovil' dalam bahasa Tamil. Menurut sejarah, orang Melayu zaman dahulu berugama Hindu. Maka 'kovil' menjadi 'kuil'. Ini kerana sebutan 'v' dalam bahasa Sanskrit bertukar menjadi 'w' dalam bahasa Melayu. Sebab itulah perkataan seperti 'Vangsa' dalam bahasa Sanskrit menjadi 'Wangsa' dalam bahasa Melayu. Perkataan 'Vira' pula menjadi 'Wira' . Perkataan 'Ishvara' pun menjadi 'Iswara'. Perkataan 'Java' dalam bahasa Sanskrit menjadi 'Jawa' dalam bahasa Melayu. Maka, 'kuil' dirujuk kepada rumah ibadat orang Hindu dengan berhalanya. Sudah tentu ia tidak cocok dikaitkan dengan Solomon’s Temple yang tiada berhala. Ini kerana ugama Yahudi menolak keberhalaan. Mungkin lebih tepat disebut 'Rumah Ibadat Sulaiman' menggantikan sebutan Solomon’s Temple

Ibadat bererti pengabdian diri. Pengabdian diri dalam Islam hanya untuk Allah
s.w.t.. Perlakuan simbolik pengabdian diri ialah sujud. Tempat terbaik melakukan sujud tentulah masjid. Maka, sebagai adat Islam, 'Rumah Ibadat Sulaiman' sepatutnya difahami sebagai masjid. Dimaklumkan, masjid adalah tempat ibadat khusus untuk orang Islam. Menurut pandangan Islam, Raja Sulaiman itulah Nabi Sulaiman a.s.. Maka sewajarnya tempat ibadat baginda disebut sebagai Masjid Sulaiman. Tetapi sebutan begini tiada dalam sejarah Islam, yang ada ialah Masjid Al-Aqsa. Rumah Ibadat Nabi Sulaiman itulah Masjid Al-Aqsa.

Bila sudah menerima sebutan Masjid Al-Aqsa, maka ia bertepatan dengan sejarah menurut pandangan Islam iaitu, Raja Sulaiman itu adalah Nabi Sulaiman  a.s. orang yang membina Masjid Al-Aqsa. Maka, apa yang disebut sebagai ugama Yahudi oleh Barat adalah ugama Islam ketika ia dibimbing oleh para rasul Bani Israel di zaman silam termasuklah Nabi Sulaiman a.s., sebelum terutusnya rasul terakhir iaitu Rasulullah Muhammad s.a.w. dari suku Arab Bani Ismail. Sememangnya Masjid Al-Aqsa atau dikenali Barat sebagai Solomon’s Temple adalah amat terkenal dan besar. Ia menjadi tumpuan ziarah oleh orang Islam pada zaman baginda Nabi Sulaiman a.s.
“Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan) : Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.” 
Al Quran (Saba: 013)
Islam dalam erti kata sebenar adalah menerima dan mengamalkan risalah Tauhid Nabi Sulaiman  a.s. atau para Rasul a.s. yang diutuskan sebelum dan selepas baginda di setiap zaman sehingga kedatangan rasul terakhir, Muhammad s.a.w., penyudah sekalian Rasul. Melalui Rasulullah Muhammad s.a.w. peribadatan Islam telah disempurnakan segenapnya selengkapnya. Dengan demikian, Al Quran dan Al Hadith menjadi pedoman.

Senibina Masjid Al-Aqsa ini dibayangi secara turun-temurun oleh orang-orang yang pernah menziarahinya dari zaman ke zaman walaupun kemudian masjid ini dirosakkan oleh tentera-tentera Rom. Masjid ini menerima pembaik-pulihan dan pembesaran beberapa kali sebelum dirosakkan berulangkali oleh tentera Rom. Tapaknya dikenali oleh orang Barat sebagai Temple’s Mount.

Semasa Israk Mikraj, Rasulullah Muhammad s.a.w. menaiki Buraq berlepas dari Masjid Al-Haram menuju ke Masjid Al-Aqsa, melihat masjid yang pernah wujud di situ sebelum ke langit Sidratul Muntaha. Buraq dibayangkan seakan-akan kuda yang tidak tinggi, lebih panjang, putih dan indah, punyai sepasang sayap, dan boleh terbang.
Rujukan mengenai Buraq: mukasurat 282~281 Al Quran Al Karim (Al Haramain) terbitan Karya BISTARI SDN. BHD.

Sememangnya orang Mekah tidak percaya bahawa Rasulullah Muhammad s.a.w. singgah di Masjid Al-Aqsa semasa Israk Mikraj dalam masa hanya satu malam. Dikhowatiri berbohong. Malah dikalangan orang Islam ada yang meragui dan meninggalkan aqidah Rasulullah Muhammad s.a.w. akibat peristiwa ini. Namun, ada golongan yang sentiasa percaya kepada Rasulullah Muhammad s.a.w. tanpa ragu antaranya, Abu Bakar bin Abi Qohafah (Assiddiq), Umar Ibnul Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Azzubair bin Awwam, Abdurrahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqash, Said bin Zaid, Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, Thalhah bin Ubaidillah,  dan ramai lagi. Orang Mekah menguji Rasulullah s.a.w. supaya membuktikan dakwaan baginda mengunjungi Masjid Al-Aqsa. Maka, bertalulah pertanyaan diajui mereka mengenai bentuk Masjid Al-Aqsa. Rasulullah s.a.w. menjelaskan selengkapnya perihal senibina Masjid Al-Aqsa. Orang Mekah yang mengetahui bentuk Masjid Al-Aqsa, samaada mereka pernah ke sana atau mendengar kisahnya turun-temurun dengan tanpa ragu menerima hakikat bahawa Rasulullah Muhammad s.a.w. memang benar-benar mengunjungi Masjid Al-Aqsa.

Ketika di Madinah, orang Yahudi bersembahyang menghadap Masjid Al-Aqsa sebagai kiblat. Selanjutnya, ugama Yahudi zaman silam yang menerima bimbingan para rasul a.s. dan mengamalkannya adalah rupa ugama Islam pada zaman itu. Tentunya juga mereka berkiblatkan Masjid Al-Aqsa. Yang terdaya mereka lakukan ialah menghadapkan wajah hiba ke masjid Sulaiman. Atau dari kejauhan, kiblat orang Yahudi yang asalnya Islam itu adalah menghadap Baitulmaqdis.
"Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan barat adalah kepunyaan Allah (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus." 
Al Quran (Al Baqarah: 142)
Takkala orang Yahudi yang bukan saja menentang Rasulullah s.a.w. tetapi memandang hina kepada orang Islam, disamping mengejek Rasulullah s.a.w. hanya kerana menyangka orang Islam meniru mereka, maka turunlah wahyu yang menyeru umat Islam menukar kiblat dari Masjid Al-Aqsa ke arah Masjid Al-Haram.  
"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan."
Al Quran (Al Baqarah: 144)
"Ibnu Abbas menyatakan bahawa yang pertama kali dimansukh dalam Al Quran ialah tentang kiblat, iaitu ketika Rasulullah s.a.w. hijrah ke Madinah, baginda diperintahkan solat menghadap ke Baitul Maqdis, maka orang-orang Yahudi bergembira melihat hal itu. Rasulullah s.a.w. solat mengadap ke Baitul Maqdis selama beberapa belas bulan, padahal dalam hati baginda ingin sekali solat menghadap ke kiblat Nabi Ibrahim."
Rujukan: dari muka surat 34 dan 42 ~ Tafsir Ibnu Katsir dalam Al Quran Al Karim Amazing KARYA BISTARI CORDOBA. 

Memang dalam masa sebelumnya, Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa supaya kiblat untuk peribadatan Islam adalah Masjid Al-Haram. Seperti suatu desakan dalam sanubari baginda Rasul s.a.w. mengenai perkara tersebut. Sebagai bukti seterusnya, orang Yahudi Madinah pernah menyebut, kalaulah benar Muhammad itu nabi terakhir sudah tentu kiblatnya Masjid Al-Haram, yang di Mekah itu. Wahyu mengenai kiblat diturunkan ketika sembahyang. Nama masjid tempat Rasulullah Muhammad s.a.w. bersembahyang ketika itu adalah Masjid Qiblataini, diertikan masjid dua kiblat.
Setelah ugama Islam bimbingan Rasulullah Muhammad s.a.w. berkembang dan pejuang Islam dapat menguasai Baitulmaqdis, maka langkah pertama yang dilakukan oleh panglima Islam yang pada waktu itu Saidina Omar Al-Khattab adalah mencari tapak Masjid Al-Aqsa. Bukan sekadar bangunan masjid itu pemerintah Rom musnahkan, bahkan tapaknya dijadikan tempat buang sampah. Sombong sungguh. Maka Saidina Omar mengarahkan supaya tempat itu dibersihkan dan dibina sebuah masjid di situ sebagai menggantikan Al-Aqsa Masjid Nabi Sulaiman. Masjid Al-Aqsa yang dibina oleh Saidina Omar Al-Khattab adalah kecil dan ringkas. Ia kemudian diperluas dan dibaik-pulihkan. Masjid inilah sehingga kini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa.

Kurun berikutnya, para khalifah yang muncul bergantian lalu membina satu lagi masjid berhampiran, yang kemudiannya diperlengkapkan hingga menjadi molek. Kini ia dikenali sebagai Kubah Sakhrah atau Dome of the Rock atau Masjid Omar, iaitu bersebelahan Masjid Al-Aqsa di kawasan yang sama. Dikalangan umat Islam, Masjid Omar dan Masjid Al-Aqsa inilah pewaris sebenar Masjid Nabi Sulaiman. Tetapi tidak terhadap orang Yahudi yang sentiasa mengimpikan Solomon’s Temple dibina semula mengikut bentuk asal seperti yang dibayangi mereka turun-temurun. Inilah cita-cita 'Israel' mendirikan semula Solomon’s Temple.
"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim."
Al Quran (Al Baqarah: 145)
Setelah dibina semula:
• Dikalangan orang Yahudi, mereka percaya akan turun penyelamat kaum Yahudi dikenali sebagai Masihi untuk memimpin manusia ke dunia yang sempurna sebelum datangnya kiamat.
• Bagi penganut ajaran Kristian, Masihi inilah Nabi Isa a.s. yang mereka sebut sebagai Jesus Christ. Jesus pernah muncul dan akan muncul semula. Kekeliruan terjadi melalui sangkaan bahawa yang telah mati di salib akan kembali muncul.
• Umat Islam yakin Nabi Isa a.s. yang dikenali sebagai Al-Masihi akan diutus sebagai penyelamat menjelang kiamat. Baginda Al-Masih dipercayai belum mati, hanya diangkat ke langit seketika, akan diutus semula sebelum kematian sebenar.
Dalil Al Quran seperti berikut:
“Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itu pun merancang tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
Al Quran”. (Ali' Imran: 054)
"Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang iaitu salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin." 
Al Quran (An Nisa':157)
"Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." 
Al Quran (An Nisa':158)
"Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus." 
Al Quran (Az Zukruf: 061)
Ulama menyatakan bahwa; 
Nabi adalah seseorang yang dipilih untuk diberi wahyu oleh Allah dengan suatu syari’at namun tidak diperintahkan untuk menyampaikannya, tetapi mengamalkannya sendiri tanpa ada keharusan untuk menyampaikan. 
Rasul adalah seseorang yang terpilih menerima wahyu dari Allah dengan suatu syari’at dan ia diperintahkan untuk menyampaikan dan mengamalkannya. Setiap Rasul tentulah Nabi, namun tidak setiap Nabi itu Rasul.  Jadi, jumlah Nabi itu jauh lebih ramai dari para Rasul. Masa kewujudan mereka adalah bermula dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad. Sebahagian Rasul-rasul itu dikisahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dalam Al-Quran dan sebahagian yang lain tidak dikisahkan.
Dari sumber yang sahih: jumlah Nabi adalah 124 000 orang. Dalam jumlah ini terdapat 313 orang Rasul. Yang tercatit dalam Al Quran dan wajib diketahui adalah 25 orang merangkap Nabi serta Rasul. Mereka adalah Adam, Nuh, Idris, Shalih, Ibrahim, Hud, Luth, Yunus, Ismail, Ishaq, Ya,qub, Yusuf, Ayyub, Syu’aib, Musa (Kitab Taurat), Harun, Yasa’, Dzulkifli, Dawud (Kitab Zabur), Sulaiman, Zakariyya, Ilyas,Yahya, Isa (Kitab Injil) dan Muhammad (kitab Al Quran). Wallahu a'lam.

The article in above is an analysis of an article published a few years ago. It is written in the Malay language. The painting in above is a watercolor medium.