Asid dan enzim yang wujud dalam kendi kera (Nepenthes) tidak membunuh mangsa yang terperangkap di dalamnya. Ramai orang bertanya bagaimana hidupan seperti larva nyamuk hidup tanpa terbunuh disebabkan asid dan enzim dalam cecair di dalam kendi kera. Malahan, kebanyakan organisma di seluruh dunia berupaya hidup dalam cecair yang berasid tinggi dan dalam habitat akuatik, seperti kolam air panas atau paya gambut. Kebanyakan benda hidup punyai kelengkapan diri untuk terus hidup dalam keadaan berasid dan berenzim. Hanya apabila mereka mati badan mereka mulai terjejas.
Kebanyakan hidupan yang terperangkap dalam kendi kera berpunca dari gagal menyesuaikan diri terhadap habitat akuatik. Mereka lemas dalam cecair tersebut. Sangat mungkin, mereka mati disebabkan keletihan selepas berulang-kali cuba selamatkan diri atau gagal melepas diri dari terperangkap dalam kendi Nepenthes.
Setelah mati, bangkai mereka dipecahkan oleh larva dan dengan itu meningkatkan keluasan permukaan badan dimana enzim yang dihasilkan oleh kendi boleh meresap dan bertindak-balas. Olahan ini mudah mempercepatkan penghadaman untuk pemangsa, yang membantu menjaga kendi berkeadaan bersih dan berfungsi selalu.
Rencana ini adalah rujukan dari buku bertajuk "Pitcher Plants of Sabah" dalam bahasa Inggeris yang ditulis oleh Charles Clarke, mengenai Nepenthes yang ditemui khususnya di Sabah. Saya terjemah-tafsirkan ke dalam bahasa Melayu secara yang dirasakan sesuai.
An article in Malay language. Below is about painting.
genre: wildlife vegetation
title: kendi kera #10 (nepenthes)
medium: oil painting on canvas
size: 91cm x 45cm
year: 2012
price: sold
price: sold