Pameran Solo Lukisan Mohammed Zaki, berjudul "cat-minyak".
• tempat: Lobi Utama, Balai Berita,
The New Straits Times Press (M) Berhad,31 Jalan Riong,
Bangsar, Kuala Lumpur.
• tarikh: 5hb - 30hb Disember 2011
• masa: 10.00 pagi - 6.00 petang

Saya gemar melukis sejak budak. Ketika itu dengan arang, tahun 1968. Tahun 1970 mula bersekolah. Saya beli pensil. Dengan pensil saya melakar, melukis dan mencatit. Rasanya tidak lengkap hanya dengan catitan. Lakaran amat membantu mengembangkan ingatan. Kalau begitu lakaran dan catitan.
Tahun 1976, saya sambung belajar ke sekolah menengah. Tahun 1979 saya mulai kenal media lukisan yang berbagai. Cat-air, cat-minyak, akrilik, kolaj dan lain-lain. Cat-air paling saya gemari. Dengan sifat warna air yang jernih dan dalam keadaan masih basah kadang-kala saya biarkan bercampur tanpa kawalan, terhasil suatu perwarnaan yang tersendiri. Sebagai orang timur cat-air di atas kertas terasa lebih sopan. Saya seterusnya sambung belajar diperingkat lebih atas. Saya dalami media cat-air secara lebih sedar. Sejujurnya, saya mulai yakin yang saya berbakat dalam seni-lukis. Sebelumnya hanya sekadar penyegar sanubari, memulihkan ingatan yang telah usang, atau bantuan kepada catitan. Sejak itulah bermulanya saya sebagai pelukis.
Disegi teknik, cat-minyak selalunya tiada ruang yang terbiar, kerana ia bersifat legap maka semua harus disentuh. Pemandangan alam misalnya, dimulai dengan latar-belakang yang saya harap ia kelihatan belakang, lalu ia diwarnai secara pudar dan tidak teliti. Lain pula cat-air yang bersifat jernih, saya biasanya perhaluskan latar-depan terlebih dulu. Cat-minyak yang legap memudahkan sapuan berus bercat melapisi warna yang terlanjur pilih. Kanvas yang boleh sebarang ukuran. Mungkin itu suatu kelebihan pada cat-minyak.
Judul pameran solo lukisan saya yakni "cat minyak" adalah perihal peralihan dari cat-air yang sekian lama saya gemari.
An article in Malay language.

Pertengahan tahun 2007 terasa sesuatu perlu diubah. Saya gagahi dan saya temui, mungkin ada pada cat-minyak. Sungguh saya sebelumnya telah menggunakan cat-minyak, namun secara sepintas lalu sebagai kenalan. Media cat-minyak, bererti lebih banyak perkara yang saya perlu tahu. Turpentine, Liquin, Linseed, Retouching Varnish, Canvas dan Linen. Turpentine digunakan untuk pencairan dan pembauran bahan cat-minyak. Liquin digunakan untuk pembauran dan cepat kering. Linseed pula digunakan untuk pembauran dan lambat kering. Antara Liquin dan Linseed tidak digunakan serentak. Penggunaan Retouching Varnish sebagai lapisan terakhir untuk lukisan kelihatan basah, Retouching Varnish boleh dilakukan setelah pasti lukisan berkeadaan kering sepenuhnya, namun pelukis-pelukis tidak selalu menggunakan bahan ini. Pengetahuan tentang bingkai, kerangka kanvas dan penegangan kanvas tidak masaalah.
Seperti cat-air, cat-minyak telah menjadi media penyampai perasaan saya. Tentang alam petani dan alam nelayan, wajah dan susuk badan mereka terkesan dari bekerja keras menjalin rasa persaudaraan lebih dalam; tentang warisan moyang; alam semulajadi dan hidupan halusnya; tentang ingatan waktu budak; senibina lama yang bersejarah; juga pemandangan tanah dan pemandangan langit yang sering berubah. Tentulah hebat. Rasanya dipanggil sebagai saksi. Terdayakah saya buktikan tema yang sarat dengan kemuliaan ini berjaya disampaikan setepatnya. Sebagai saya, melalui cat-air belum memadai.