Paling kurang terdapat 70 spesies Nepenthes. Ia adalah tumbuhan memanjat dan menumpang pada pohon-pohon lain, juga boleh menjalar atas tanah hingga tujuh meter, bagaikan anggur. Nepenthes berasal dari perkataan Greek nepenthe yang bererti sesuatu yang memberikan ketenangan, dadah Helen yang dicampur dengan wain dalam Odyssey karya Homer, pada dasarnya bererti "tanpa penjagaan". Nepenthes yang pertama diketahui oleh orang Eropah memakai nama Malagasi "Amramitico" diterbitkan oleh Flacourt dan kemudian diubah menjadi Nepenthes oleh Carl Linnaeus, ianya pada pada 1753. Orang Melayu menyebutnya sebagai "Periuk kera" atau "Kendi Kera".
Ditemui di kawasan iklim lembap tropika seperti Madagascar, Seychelles, Sri Lanka, hujung utara Australia, Singapura, Malaysia, Indonesia, Papua New Guinea, Thailand, Vietnam, India, Filipina dan New Caledonia. Jenis ini dibatasi kawasan khatulistiwa (Equator) oleh tropika Sartan (Cancer 23.5N) dan tropika Jadi (Capricorn 23.5S).
Nepenthes dibagikan kepada dua kelompok utama iaitu spesies dataran tinggi dan spesies dataran rendah. Spesies dataran tinggi dijumpai pada ketinggian lebih dari 1000 meter atas paras laut dan mengalami kesejukan dimalam hari, kerap suhunya serendah 5°C. Perbezaan suhu antara musim panas dan musim sejuk adalah sedikit. Perubahan suhu paling besar adalah berlaku antara siang dan malam.
Pohon-pohon nepenthes tanah tinggi boleh ditanam dalam cahaya matahari penuh, selagi ia berhubungan dengan hutan malar. Spesies tanah pamah yang lebih umum adalah tumbuh bawah aras 1000 meter, yang wujud dalam iklim yang lebih panas namun mengalami suhu rendah sehingga 15°C. Nepenthes Alata adalah salah satu daripada beberapa spesies yang ditemui di kedua-dua kawasan tanah tinggi dan kawasan tanah rendah. Dalam persekitaran selain dari kawasan tropika, Nepenthes perlu ditanam di rumah kaca atau "terrariums", walaupun begitu sesetengah penanaman dalam iklim separuh tropika dan iklim sederhana telah berjaya mengembangkan spesies tanah tinggi di luar tempat tersebut. Apabila ciri-ciri pemanasan diwujudkan tumbuhan ini cukup mudah dilihat selepas itu, berkembang dan secara amnya perlu dicantas semula setiap tahun.
Nepenthes adalah bagaikan gugusan buah-buah anggur, kendi-kendi, teko-teko atau periuk-periuk kecil. Kendi-kendi ini terjadi pada hujung setiap daun, dari lantai tanah hutan yang larut-lesap hingga sampai ke lelangit hutan yang tinggi.
Kendi-kendi bersambung dengan daun melalui sulurnya. Sulur adalah pendek pada beberapa daun pertama dan menjadi lebih panjang pada berikutnya kerana lebih banyak muncul daun dan kendi baru. Sulur bergegelung sehingga empat kali di sekitar cawangan-cawangan lain bagaikan anggur memerlukan sokongan untuk mencapai lelangit hutan. Tidak hanya perubahan pada sulur melalui lingkarannya, dalam berkembangan seterusnya sebagai tumbuhan yang tumbuh lebih tinggi juga terjadi perubahan pada kendi-kendi. Terdapat dua jenis utama mengenai kendi-kendi yang terbentuk, yang lebih rendah iaitu yang terjadi di atas tanah dan yang satu lagi pada hujung sulur kendi-kendi terjadi bergantungan dalam udara. Terserahlah pada syarat-syarat perkembangan, tumbuhan ini akan menghasilkan suatu kendi perantaraan yang jarang berlaku iaitu kendi lebih panjang dan lebih nipis dari kendi yang terbentuk di aras lebih rendah. Kendi-kendi yang lebih rendah adalah yang pertama muncul di bahagian dasar pohon, kendi-kendi ini mencangkung dan bulat, mangsa adalah serangga yang merayap antaranya semut dan lipas.
Kendi-kendi mempunyai pinggir atau "peristome" yang lebih lebar, dan selalunya makin membesar pada engsel iaitu antara penutup dan peristome, dan dua "sayap" membentuk di bahagian hadapan badan kendi. Sayap biasanya berpinggir seperti periuk, menghadap ke bahagian tengah pohon. Sebagai Nepenthes yang tumbuh lebih tinggi, sayap-sayap kendi menjadi nipis dan kurang timbul bermula dari dasar badan kendi. Selepas 5 hingga 10 helai daun yang pertama muncul, bentuk kendi mengalami perubahan, kadang-kadang berbentuk perantaraan, menghadap agak jauh dari pohon pada kedudukan sudut tepat. Sebagai pohon Nepenthes, tumbuh cabang-cabang berpegangan dengan tangkai-tangkai daunnya, dan jarak antara setiap daun meningkat. Daun menjadi sempit dan badan kendi atas mulai terbentuk. Badan kendi-kendi ini menirus menghala ke pangkal, bergantungan di udara dan menarik serangga terbang seperti rama-rama dan tebuan.
Badan kendi-kendi di pohon bahagian atas mempunyai sayap-sayap yang tidak ketara, lebih seperti tulang rusuk, dan tidak berumbai. Badan kendi-kendi pada pohon bahagian atas biasanya mempunyai "peristome" kecil dan rata antara rusuk-rusuk. Di bahagian hadapan badan kendi ia menjarak agak jauh dari pohon dan biasanya mendorong rumbai-rumbai berbentuk hanya seperti paku-paku halus atau bonjolan-bonjolan nipis. Pada peringkat ini tinggi Nepenthes antara 1 meter hingga 4 meter, bergantunglah kepada spesies dan dengan syarat ada cahaya yang mencukupi, perbungaan akan mula terbentuk. Hal perbungaan ini sama ada jantan atau betina akan terjadi berdozen-dozen bunga, dan jika yang betina penghasilan biji-benih yang terjadi kemudian akan mengeluarkan sepuluh ribu atau lebih biji-benih. Pada peringkat ini kendi-kendi yang lebih rendah telah bertukar perang dan mulai reput, dan pangkal batang jadi berkayu dan berwarna perang juga. Nepenthes sebegini akan hanya mengeluarkan kendi-kendi yang lebih rendah berulang kali jika pucuk di atasnya terputus.
Nepenthes menghasilkan kendi-kendi di pohon bahagian atas terlebih dulu dalam suasana teduh di tempat rendah pada lantai hutan berbanding dalam sinar matahari penuh di permukaan tebing. Sesetengah Nepenthes ditemui tumbuh di lelangit hutan yang tinggi, yang kian berkembang seperti Benalu dalam cabang-cabang pohon yang ditumpanginya dengan sistem akar tidak jelas. Nepenthes ini samaada cabang-cabang dari yang telah tumbuh sampai ke lelangit hutan dan telah terpisahkan dari batang bawah, atau telah tumbuh dari benih yang telah tersebar dan berkecambahan di cabang-cabang pohon. Kedua-dua bahagian kendi kera yang terjadi samaada di atas dan di bawah telah berkembang sebagai Benalu, dicadangkan kedua-dua keadaan begini sebagai kemungkinan.
Di padang yang terbuka yang tiada terdapat kendi-kendi lain atau cawangan-cawangan lain untuk melengkapkan sokongan dan keteduhan, Nepenthes terjadi lebih pendek dan lebih gemuk, membentuk daun-daun dan batang-batang yang tebal. Gegelung sulur yang keberadaan seperti pegas kusyen tumbuh mungkin sebagai menentang lenggang-lenggoknya kendi-kendi kera.
Sesetengah spesies, sebagai contoh Nepenthes Ampullaria, menghasilkan beberapa kendi saja di pohon bahagian atas samaada ini disebabkan daripada kitaran pertumbuhan semulajadi pohon atau disebabkan oleh banyak zat di muka bumi adalah sukar untuk dinyatakan.
Pohon Nepenthes yang disenyawakan melalui kaedah penanaman cenderung kurang menghasilkan kendi, bahkan tiada wujud sama sekali kendi ketika pohon disenyawakan berulang kali.
Seseorang pengkaji tumbuhan dari universiti tempatan memberitahu, kendi kera boleh digunakan untuk merawat demam panas dan batuk. Menurut beliau, akar dan batang pohon ini perlu direbus sebelum diminum untuk merawat rasa panas badan dan untuk mengeluarkan kahak serta melegakan batuk. Memadai dengan meminum secawan air rebusan sehari dan baki airnya disimpan sebelum dipanaskan semula untuk digunakan keesokan harinya. Kata beliau, air di dalam takungan kendi kera samaada yang ditanam atau diperolehi dari hutan sesuai digunakan untuk mencuci mata. Syaratnya, penutup kendi kera tersebut belum terbuka. Katanya lagi, selepas penutup periuk kera dibuka, ia tidak boleh dibiarkan terdedah lama sebaliknya perlu terus dicurah atau dititikkan ke mata. Jika kendi kera tersebut besar dan air yang ditakungnya banyak, airnya bukan saja digunakan untuk mencuci mata malah boleh diminum untuk penjagaan kesihatan.
Seseorang pengkaji tumbuhan dari universiti tempatan memberitahu, kendi kera boleh digunakan untuk merawat demam panas dan batuk. Menurut beliau, akar dan batang pohon ini perlu direbus sebelum diminum untuk merawat rasa panas badan dan untuk mengeluarkan kahak serta melegakan batuk. Memadai dengan meminum secawan air rebusan sehari dan baki airnya disimpan sebelum dipanaskan semula untuk digunakan keesokan harinya. Kata beliau, air di dalam takungan kendi kera samaada yang ditanam atau diperolehi dari hutan sesuai digunakan untuk mencuci mata. Syaratnya, penutup kendi kera tersebut belum terbuka. Katanya lagi, selepas penutup periuk kera dibuka, ia tidak boleh dibiarkan terdedah lama sebaliknya perlu terus dicurah atau dititikkan ke mata. Jika kendi kera tersebut besar dan air yang ditakungnya banyak, airnya bukan saja digunakan untuk mencuci mata malah boleh diminum untuk penjagaan kesihatan.
Rencana ini disunting dari buku dalam bahasa Inggeris, dan rujukan dari laman sesawang penkaji kimia-tumbuhan universiti tempatan dalam bahasa Melayu. Saya kemudiannya menterjemah dan mengadunkan kedalam bahasa Melayu secara yang difikirkan sesuai. Mungkin banyak kesilapan. Mohon maaf.
This article is in Malay language. About painting see below.
genre: wildlife vegetation
title: kendi kera #7 (nepenthes)
medium: oil painting on canvas
size: 91cm x 45cm
year: 2011
price: sold