malachite kingfisher

Burung Malachite Kingfisher atau nama saintifiknya Alcedo Cristata adalah hidupan liar di Afrika Selatan. Malachite Kingfisher merupakan burung yang kecil, panjangnya hanya 13 cm.

Malachite Kingfisher yang dewasa umumnya warna bulu pada bahagian atas adalah metalik terang. Bulu di bahagian kepalanya berwarna hitam dan biru yang mana asal nama saintifiknya diperolehi. Wajah, pipi dan bahagian dada berwarna karat dan bertanda putih pada leher dan belakang tengkuk. Paruhnya berwarna hitam ketika remaja dan jingga kemerahan pada yang dewasa. Kakinya berwarna merah terang. Rupa-bentuk yang jantan dan betina adalah menyamai, tetapi yang remajanya berwarna agak pudar sebagai salinan dari yang dewasa.


Burung ini terbang secara cepat. Bersayap pendek berputar secara membulat seperti kipas, kelihatan muncul kabur. Biasanya terbang rendah di atas air. Umum kelihatan bertempat tinggal di sekitar tumbuhan renek dan barisan tumbuh-tumbuhan yang berhampiran kolam atau sumber air. Malachite Kingfisher biasanya bertenggek atau berhenti seketika sambil memerhatikan ikan. Kelihatan selalu berada pada aras rendah di atas permukaan air. Ia berdiri tegak dan ekornya tertunjuk ke bawah.

Makanannya terdiri dari ikan, katak, serangga air, ketam dan berudu. Cara ia berburu makanan adalah menjunam dengan tiba-tiba dan terjadi percikan air. Biasanya kembali berserta tangkapan. Ia tersebar luas di Afrika Selatan dan kelihatan juga di Sahara. Burung Malachite Kingfisher membiak dari bulan Ogos hingga November. Sarang biasanya adalah di terowong dalam permatang berpasir. Pasangan burung ini akan menggali. Kebanyakan lubang membongkok ke atas sebelum tempat bersarang di capai. An article in Malay language. Below about painting.

genre: wildlife animal
title: malachite kingfisher
medium: oil painting on canvas
size: 40cm x 30cm
year: 2010
price: sold