Burung Hering Griffon Himalaya atau nama saintifiknya Gyps himalayensis adalah Burung hering 'Old world' dalam keluarga Accipitridae yang didalamnya termasuklah juga burung Nazar, burung Layang-Layang, Buzzard dan Helang. Ia terkait erat dengan Burung Hering Griffon Eropah (Gyps fulvus). Burung Hering Griffon Himalaya yang dewasa berukuran 103 sm hingga 110 sm panjang dan seberat 8 kg hingga 12 kg. Lebar sayap antara 260 sm hingga 289 sm pada ketika direntangkan. Ia adalah burung hering kedua terbesar dalam senarai 'Old World Vulture', hanya selepas burung hering warna kelabu. Burung Hering Griffon Himalaya adalah lebih besar dibandingkan dengan Burung Hering Griffon Eropah. Ia membiak pada batu-batu menegak runcing di pergunungan Himalaya dan di Tibet. Bertelur sebiji pada musim mengawan. Burung ini mungkin hidup bebas tidak terikat dalam kawanan. Bertempat tinggal selalunya secara tetap tetapi jika berpindah ia sering berpindah secara berkelompok. Seperti kebanyakan burung hering lain yang memakan bangkai, kebanyakan bangkai binatang yang ditemui adalah melalui penglihatan ketika melayang tinggi di kawasan terbuka dan di pergunungan. Ia berdegus dan berdesis semasa berehat atau pada ketika makan bangkai. Burung Hering Griffon Himalaya mempunyai ciri khas sebagai burung pemakan bangkai iaitu berkepala botak, sangat lebar rentangan sayapnya ketika terbang dan mempunyai bulu atau bulu pelepah ekor yang pendek. Bulu halus pada tengkuknya berwarna putih. Warna bulu pada tubuhnya keputih-putihan terselindung oleh bulu dan pelepah pada sayapnya yang berwarna gelap. The article is in Malay language.
Regarding the birds which are always visible in the South-East Asia regions, the information, I have compiled from several books. One of them is titled "Birds of South-East Asia". This book was written by Ben King, Martin Woodcock, and E. C. Dickinson. It is in English language. About painting see below.
genre: wildlife animal
title: himalaya griffon
medium: oil painting on canvas
size: 61cm x 45 cm
year: 2009
price: myr 1,000.00