Raja Burung Nasar atau King Vulture adalah pemakan bangkai. Burung besar ini meluncur di udara. Mengendalikan tenaga dengan baik ketika terbang mencari makan di hutan atau di belukar Savana sambil memerhatikan ke bawah jika ada bangkai haiwan untuk dimakan.
Ukuran badan Raja Burung Nasar yang dewasa adalah antara 67 sm hingga 80 sm. Rentangan sayap sekitar 120 sm hingga 170 sm, berat badannya 2.7 kg hingga 4.5 kg. Raja Burung Nasar kelihatan memiliki warna yang sangat beraneka yang membezakan mereka dari kerabat burung pemakan bangkai lain. Warna mereka lebih banyak putih, dengan ekor dan hujung sayap berwarna hitam. Bulu pelepah sayap berwarna hitam. Warna yang terdapat pada lingkaran mata, kepala dan leher adalah terang seperti warna kuning, oren, coklat dan merah. Ia mengeluarkan bunyi yang nyaring. Ia mempunyai daging yang seperti 'ketumbuhan' berwarna oren-kekuningan yang sangat jelas kelihatan di atas paruh. Walaupun bulunya berwarna cerah, kepala dan lehernya adalah botak yang mana dapat memastikan bahwa bangkai yang sarat berkuman tidak menyebabkan lekatan di bulu. Keadaan fizikal begini dapat menghalang dari merebaknya penyakit.
Raja Burung Nasar atau species Sarcoramphus papa adalah salah satu dari burung pemakan bangkai terbesar dan terkuat di benua Amerika. Paruhnya yang bengkok sesuai untuk merobek bangkai yang liat. Selalunya ia dapat merobek makanan yang tidak terdaya dilakukan oleh burung pemangsa lain. Biasanya burung-burung kecil memberi laluan ketika mereka tiba untuk makan.
Pengkajian mendalam mengenai burung ini belum dilakukan dan tidak banyak yang diketahui tentang kebiasaan pembiakan Raja Burung Nasar. Sebagai fakta, sebelum November 1998 sarang burung ini yang dalam kehidupan liarnya telah berjaya difotokan. Diketahui Raja Burung Nasar bersarang di atas pohon, biasanya sangat tinggi dan mungkin juga bersarang di atas batu. Mungkin juga bersarang di tunggul kayu. Biasanya sebiji telur dihasilkan dalam setiap musim mengawan. Terjadi juga pada pasangan iaitu boleh menghasilkan tiga biji telur dalam satu-satu musim mengawan tatkala anaknya hilang. Masa pengeraman sekitar 56 hingga 58 hari dengan ibu dan bapa burung ini bergilir tugas. Yang betina iaitu ibu berbaring mengeram telur. Mereka juga sangat mengambil berat terhadap anak. Membawa balik makanan di dalam perut dan memuntahkan makanan untuk anak mereka nikmati.
Pada awal kelahiran bulu anak-anaknya berwarna hitam asli sehingga mencapai umur tiga tahun. Kemudiannya akan berwarna kelabu dan akan bertukar ke warna putih tatkala berusia 5 hingga 7 tahun. Pada usia begini ia akan mencapai kematangan seksual. Raja Burung Nasar menjadi sensitif dan mudah marah ketika mengeram. Sebarang kemarahan boleh menyebabkan kerosakan telur. Dalam tempoh yang sama mereka bersifat sangat garang dan mengangkat kepak sebagai tidak takut manusia dan mungkin sangat berbahaya.
Raja Burung Nasar di temui dari selatan Mexico hingga ke utara Argentina. Jumlah Raja Burung Nasar telah berkurangan. Punca utama disebabkan kemusnahan tempat kehidupan semulajadinya. Raja Burung Nasar diketahui hidup selama 30 tahun iaitu di tempat belaan.
Menurut cerita raayat dari legenda kuno kaum Maya, burung pemakan bangkai ini adalah 'raja' atau 'tuan' yang membawa pesan antara 'manusia' dan para 'dewa'. Raja Burung Nasar adalah tokoh yang terkenal dalam cerita kuno masyarakat Maya dan terkenal juga dalam hal perubatan kuno kaum Maya.
This article is in Malay language. Below about painting.
This article is in Malay language. Below about painting.
genre: wildlife animal
title: king vulture
medium: oil painting on canvas
size: 61cm x 40cm
year: 2009
price: myr 1,000.00