
Burung Common Kingfisher selalunya bersendirian dan sangat berasingan karena ia harus mencari makanan dan memakan makanan sebanyak 60% dari berat badannya dalam sehari. Ia amat garang ketika mempertahankan kawasan makanannya. Ketika berebut wilayah, mereka melakukan upacara bertenggek menampilkan diri tidak jauh di antara satu dengan yang lain. Ini melibatkan pertunjukan bulu dan paruh diiringi oleh siulan. Biasanya sengketa sebenar telah selesai atau tidak wujud persengketaan. Tetapi sebagai hal yang jarang berlaku, pihak yang bersengketa "mengunci paruh" dan cuba menenggelamkan lawan masing-masing.
Burung Common Kingfisher adalah berukuran kecil iaitu sepanjang 17 sm dan seberat antara 27 gram hingga 36 gram. Ukuran rentang sayap 25 sm. Bulu bahagian atas berwarna biru kehijauan hingga kepada hijau, bulu bahagian bawah adalah pudar hingga kepada jingga di tengah, tekak berwarna putih, sisi kepala juga berwarna putih dengan bulu atas telinga berwarna karat, paruh berwarna hitam, kakinya kecil berwarna merah. Yang jantan paruh atas dan bawah berwarna hitam. Yang betina pula paruh bawah berwarna jingga dan hujung agak kehitaman. Remajanya pula paruh seperti yang betina, adakalanya di hujung paruh sebelah atas terjadi warna putih dan tidak tajam.
Cara ia mengeluarkan bunyi seperti getaran lantang, tinggi nyaring dan menyerap, biasanya pada masa terbang. Burung Common Kingfisher tidak berlagu. Ketika terbang bunyi panggilannya singkat seakan-akan siulan nyaring "chee-keee", diulangi dua atau tiga kali. Bila dalam keadaan cemas ia mengeluarkan bunyi yang kasar dan tajam 'shrit-it-it' dan si anaknya memanggil untuk makan dengan suara yang agak bising. Waktu terbang kelihatan warna metalik biru-kehijauan di bahagian hujung atas belakangnya. Ia terbang rendah dan terus.
Cara ia mengeluarkan bunyi seperti getaran lantang, tinggi nyaring dan menyerap, biasanya pada masa terbang. Burung Common Kingfisher tidak berlagu. Ketika terbang bunyi panggilannya singkat seakan-akan siulan nyaring "chee-keee", diulangi dua atau tiga kali. Bila dalam keadaan cemas ia mengeluarkan bunyi yang kasar dan tajam 'shrit-it-it' dan si anaknya memanggil untuk makan dengan suara yang agak bising. Waktu terbang kelihatan warna metalik biru-kehijauan di bahagian hujung atas belakangnya. Ia terbang rendah dan terus.
Burung Common Kingfisher bersarang di permatang sungai yang curam, bahkan busut anai-anai yang masih ada anai-anai di dalamnya juga dijadikan tempat bersarang dan juga penggalian terowong yang berakhir pada sebuah ruang untuk dijadikan sarang. Burung Common Kingfisher selalunya menghasilkan 5 hingga 7 biji telur. Kulit telurnya berwarna putih berkilap. Ukuran telur biasanya 1.9 sm garispusat dan 2.2 sm garis panjang dengan seberat 4.3 gram setiap satu. Dari berat ini 5% adalah berat kulitnya. 1 atau 2 biji telur selalunya gagal ditetaskan kerana terabai dari pengeraman. Ibu dan bapa Burung Common Kingfisher akan mengeramkan telur-telurnya tetapi hanya yang ibu saja pada malam hari. Ia mengeram dengan tabah dan seperti keasyikan sambil menghadap terowong. Dieramkan oleh pasangan burung tersebut selama 19 hingga 20 hari. Anak burung akan menjadi dewasa dalam waktu sekitar 23 hingga 24 hari. Tahap kematian adalah tinggi, terjadi sehingga 50%. Demikainlah, ibubapa burung akan mendidik anak-anaknya.
Burung ini dijumpai sepanjang "Old World" hingga ke New Guinea dan Kepulauan Pasifik tetapi tidak di Australia. Burung Common Kingfisher yang dilihat di Singapura adalah sebagai pengunjung dan berkembang biak di Asia Utara antaranya di Taiwan dan Korea. Mereka berkembang biak dari utara hingga ke selatan dan biasanya pengembaraan pada malam hari. Mereka mungkin mengembara melepasi tempat membiak, terutamanya menuju ke selatan dan semua hala menuju ke kawasan timur Indonesia. Biasanya pada bulan Ogos sampai April. Burung Common Kingfisher yang ditemui di Semenanjung Malaysia dan Singapura adalah di kawasan berhampiran sungai, terusan, tasik, kolam dan di sepanjang pantai. Ia biasanya tidak ditemui di hutan atau hutan yang tebal. Ada sejumlah kecil sebagai penghuni di Semenanjung Malaysia. Di Eropah, masa untuk melihat burung ini dalam kemuncak asmara takkala yang jantan menangkap makanan umpamanya ikan lalu menawarkan kepada yang betina. The article is in Malay Language. About painting see below.
genre: wildlife animal
title: Common kingfisher (Alcedo Attis)
medium: oil painting on canvas
size: 43cm x 35cm
year: 2009
price: sold
medium: oil painting on canvas
size: 43cm x 35cm
year: 2009
price: sold