salt water: mandarin fish #5



Ikan Mandarin atau Dragonet Mandarin atau nama saintifiknya adalah Synchiropus splendidus adalah kecil hanya mencapai 6 sm panjang. Berwarna terang. Ia ahli keluarga Dragonet yang terkenal itu. Ia hidup di air masin. Ikan Mandarin yang asli adalah dari lautan Pasifik, yang berlegar di sekitar dari Kepulauan Ryukyu di barat daya Jepun hingga bahagian selatannya sampai ke laut utara Australia. Ia juga agak mengelirukan sebagai Mandarin Gobi. Ada sejenis ikan laut yang juga menyamai ikan Gobi. Nama dagang lain terhadap Dragonet Mandarin adalah Ikan Mandarin Hijau, Ikan Contengan, Ikan Mandarin Bercorak atau Ikan Psychedelic. Nama ikan Mandarin Psychedelic juga digunakan sebagai berkait erat dengan spesies Dragonet yang indah dan Synchiropus picturatus.

Ikan Mandarin adalah penghuni terumbu karang dan memilih bersembunyi di lagun berterumbu karang berdekatan pantai, sementara ianya bergerak agak lambat dan cukup biasa dalam jangkauan mereka dan tidak mudah terlihat karena mencari makan di kawasan terumbu dasar. Makanan utamanya ialah Krustasia kecil dan Invertabarata. Nama ikan Mandarin berasal dari pewarnaannya yang sangat jelas, disebut juga sebagai Jubah Maharaja Cina. Ianya adalah satu dari dua spesies yang diketahui memiliki warna biru kerana sel-sel pigmennya berwana biru.

Meskipun ikan ini mempunyai kemasyhuran luar biasa namun ianya sangat sukar dipelihara kerana memerlukan penjagaan yang khusus, tempat kediaman asal yang tidak mudah diserupai. Begitu juga makanannya hampir tidak menyamai yang asal. Beberapa jenis ikan memang tidak sesuai dengan kehidupan akuarium, selalu menolak untuk memakan sesuatu yang diberikan, tetapi menerima makanan seperti Amphipoda dan Kopepoda. Meskipun begitu hidupan ini cuba menyesuaikan diri dengan alam akuarium tetapi masih terdedah dengan masaalah seperti penyakit kulit. The article is in Malay language. About painting see below.


genre: wildlife animal
title: 5th mandarin fish #5 
medium:
oil painting on canvas
size:
71cm x 89cm
year:
2009
price:
myr 4,000.00