salt water fish: humphead wrasse #5


Ikan Humphead Wrasse atau sebutan tempatan ikan kepala bonggol merupakan ahli keluarga Labridae, dengan yang jantan mencapai 2 meter panjang dan yang betina jarang melebihi 1 meter. Kulitnya tebal, berbibir gemuk dan bahagian atas seperti kepala berbentuk bonggol, menjadi akan lebih menonjol bila bertambah umur. Yang jantannya berwarna biru-terang hingga ke warna hijau, biru-keunguan atau bersambung dengan biru-pudar dan hijau. Yang remaja dan betina pula adalah merah-kejinggaan ke bahagian atas dan merah-kejinggaan kepada putih ke bahagian bawah. Sejumlah ikan Humphead Wrasse yang jantan menjadi sangat besar. Dari satu sumber yang belum dapat disahkan benar, ikan Humphead Wrasse ada yang mencapai 2.3 meter panjang dengan seberat 190 kg.

Ikan Humphead Wrasse yang dewasa umumnya ditemui di lereng terumbu karang yang tajam, saluran lereng terumbu karang dan kawasan terumbu karang lagun sedalam 1 meter hingga 100 meter. Ia jenis ikan pemangsa yang mementingkan diri dalam hal memburu makanan. Makanan utamanya terdiri dari Krustasia, Moluska (golongan haiwan yang berbadan lembut selalunya bercengkerang seperti siput), Siput Gastropod dan Tapak Sulaiman. Ikan ini adalah salah satu dari pemangsa terhadap haiwan beracun seperti Hace Aplysia dan Boxfish Ostraciidae bahkan telah dilaporkan pemburu Crown of thorns. Spesies ini sangat aktif memilih percabangan terumbu karang lembut dan juga keras serta rumput laut di pemukimannya. Yang remaja lebih cenderung memilih keadaan yang lebih samar di wilayah yang padat percabangan karang iaitu yang tebal alga makro atau rumput laut, sedangkan yang lebih besar dan dewasa lebih suka memilih untuk mendiami kawasan lebih terbuka berkisar di habitat lebih bebas di bahagian pinggir terumbu, di saluran-saluran terumbu dan genting terumbu karang lepas.

Spesies ini sering dilihat dalam keadaan berpasangan jantan dan betina atau dalam kelompok dua sampai tujuh ekor. Setiap ekor menjadi matang seksualnya pada usia 5 hingga 7 tahun. Ikan yang betina diketahui hidup hingga 30 tahun manakala yang jantan hidupnya lebih singkat iaitu sekitar 25 tahun. Ikan Humphead wrasse adalah "Protogynous hermaphrodites", dengan beberapa ahlinya yang akan menjadi penghuni jantan dilingkungan umur 9 tahun. Fakta yang menguasai waktu penentu jenis kelamin belum diketahui. Setelah dewasa mereka akan segera ke bawah di hujung terumbu karang untuk membentuk tempat himpunan telur yang akan digunakan pada sesuatu masa. Ikan Humphead wrasse mempunyai umur panjang, namun sangat lambat berkembang biak.

Jumlahnya makin berkurangan kerana berbagai ancaman. Daripada masaalah ini beberapa negara telah mengambil langkah untuk mengembalikan semula spesies ini dalam jumlah yang selamat. Antaranya adalah:
1) menegaskan senarai spesies di terumbu karang yang tidak boleh dijadikan benda dagangan atau
2) melarang mengambil semua jenis ikan Humphead wrasse untuk dimiliki atau dijadikan makanan selain untuk keperluan pendidikan dan penyelidikan serta dibataskan untuk pertunjukan atau
3) memerlukan izin pihak berkuasa untuk perdagangan ikan ini, membenarkan penangkapan hanya secara memancing, keizinan untuk kajian dan penelitian laut dengan lesen kelayakan menangkap atau mengambil sumber laut yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau
4) menguatkuasakan senarai larangan ekspot dan melarang ekspot ikan ini yang melebihi 65 sm panjang atau
5) larangan memancing atau menangkap semua spesies ini.
Perkara-perkara di atas telah dilaksanakan oleh beberapa buah negara. This article is in Malay language. Below about painting.

genre: wildlife animal
title: humphead wrasse #5
medium:
oil painting on canvas
size:
71cm x 89cm
year:
2009
price:
myr 4,000.00