Spesies Pterois russelli dikenali dalam bahasa Inggeris dengan pelbagai nama yang berbeza-beza. Antaranya Red Volitans Lionfish, Soldier Lionfish, Largetail Lionfish, Clearfin Lionfish, Plaintail Firefish, Plaintail Turkeyfish, Militer Turkeyfish, Spotless Butterfly-cod, Russell Firefish dan Spotless Firefish. Harap dapat difahami bahawa Spotless Firefish (Pterois russelli) bukan spesies yang sama dengan Volitans Lionfish (Pterois volitans).
Pterois russelli belum digaris-merahkan oleh IUCN (International Union for Conservation of Nature), sebagai spesies terancam. Spotless Firefish kelihatan di lautan Indo-Pasifik, yang mana jangkauannya membentang dari Afrika timur dan Teluk Parsi merentasi lautan Hindi ke New Guinea. Spesies ini adalah berkait erat dengan terumbu karang yang persekitarannya dalam lingkungan tanah lumpur berlapis, dari kawasan muara cetek kepada kawasan terumbu karang luar persisiran. Ia ditemui pada aras sedalam dari 20 hingga 30 meter.
Spotless firefish terbesar pernah ditemui adalah sepanjang 30sm. Anda dapat mengenali ikan ini melalui, berkeadaan kurang atau tidak terdapat bintik-bintik pada siripnya. Ikan ini juga memiliki sirip yang meyerupai duri di atas belakangnya. Badannya berwarna perang dengan garis tegak berwarna coklat muda berselang-seli dengan warna putih.
Bisanya amat menyakitkan. Hati-hati apabila melakukan kerja penyelenggaraan di tempat pemeliharaan, kerana Spotless Firefish mempunyai duri yang beracun mampu memberikan sengatan berbisa. Terasa seperti sengatan tebuan yang sangat meyakitkan. Jika anda alah, anda mungkin mengalami koma atau penderitaan yang teruk. Rawatan kecemasan awal adalah merendam luka terkena sengatan dalam air yang sangat panas. Ini adalah rawatan awal yang berkesan. Harus mendapat nasihat pegawai perubatan secepat mungkin. Rujukan klik sini
Spotless firefish memakan makanan yang masih hidup seperti udang, ikan kecil dan tidak memakan potongan-potongan ikan atau makanan olahan lainnya. Namun, dalam tempat peliharaan dengan beberapa usaha, ikan ini dapat belajar untuk menerima makanan beku seperti kerang kecil.
Suhu paling sesuai adalah dari 22ºC hingga 25ºC. Air paling sesuai berkeadaan pH antara 8.1 hingga 8.4. An article in Malay language. About painting look below.
genre: wildlife animal
title: spotless firefish
medium: oil painting on canvas
size: 76cm x 61cm
year: 2008
price: sold to En Kamal Hassan