Burung Merak jantan yang berwarna biru atau Merak jantan India (Pavo cristatus) seperti yang diukiskan adalah burung yang cantik. Ia berasal dari wilayah India, Nepal hingga ke Sri Lanka. Dalam daerah Haryana iaitu di bahagian utara wilayah India, burung Merak ini dapat ditemui hampir disemua dusun dan kebun buah-buahan. Tempat tinggal Merak selalunya kawasan berhutan berdekatan desa. Burung ini sangat biasa dalam pemeliharaan penduduk Haryana.Dalam bahasa Inggeris Merak jantan disebut sebagai Peacock, yang betina sebagai Peahen dan si anak pula disebut sebagai Pea-chick. Dalam kehidupan liarnya burung Merak ini tinggal di hutan Tropika. Tropika yang mana bila tiba musim gugur daun-daun pohon di kawasannya akan gugur. Burung yang cantik ini tidak berpindah. Kelompok burung Merak disebut "perhimpunan" atau "mempamerkan kekayaan". Burung Merak jantan menari sambil mengembang penuh bulu dan bulu pelepahnya, yang pasti ia adalah antara burung yang paling indah di dunia. Karena rupa dan bentuknya indah, burung Merak telah lama terkenal di luar dari wilayah asalnya. Seseorang telah membawa burung Merak ke Mesir lebih dari 3000 tahun yang lalu.
Dimusim bunga burung Merak jantan selalunya akan memgeluarkan suara yang unik hingga dapat didengari dari tempat yang jauh. Merak jantan dikatakan akan keluar dari tempat berlindung dan menari pada ketika sedang melihat awan dan hujan. Ukuran bagi Merak jantan sekitar 230 sm panjang dan berat antara 4.0 kg hingga 6.0 kg. Rentangan sayap antara 140 sm hingga 160 sm, Merak betina pula sekitar 100 sm panjang dan seberat antara 2.75 kg hingga 4.0 kg. Burung Merak jantan memiliki jambul berbentuk seakan-akan kipas di atas kepala. Ia memiliki deretan bulu yang berwarna biru cerah tumbuh dari kepala hingga ke bahagian tengah badan. Yang jantannya dapat menegangkan deretan bulu pelepah, membentuk seperti layar. Merak betina tidak ada bulu yang boleh ditegangkan. Bulu burung Merak betina berwarna coklat, putih dan hitam.
Burung Merak memakan biji-bijian, buah-buahan, sumber tanaman lain dan beberapa binatang kecil, seperti tikus, serangga dan ular. Sarangnya tidak dalam, sederhana, yang terbuat dari batang kayu, daun dan rumput yang biasanya didapati di belukar.
Burung Merak betina adalah ibu-ibu yang baik. Tetapi, dikatakan anak-anak Merak boleh menerima ibu ayam sebagai ibu tumpang untuk sementara. Ianya satu cara mudah untuk meningkatkan jumlah burung ini disamping membina tempat berlindung yang baik pada musim gugur dan musim sejuk terutamanya ketika ia baru ditetaskan. Ini kerana ia tidak sepenuhnya berkembang sebelum berumur 8 hingga 10 tahun.
Burung Merak India telah mengalami beberapa perubahan ketika hidup dalam kandang. Ini termasuk bulu pada bahunya menjadi warna hitam, yang mana yang jantan memiliki sayap berwarna biru, hijau dan hitam, yang betina sangat pucat, putih dan beraneka warna. Sesuatu yang luarbiasa dari bulu burung Merak Biru adalah wujubnya tandaan berwarna putih. Terjadi juga kacukan antara Merak India dengan spesies Merak Hijau. Burung ini sangat cantik, percampuran induk ini menghasilkan warna bulu yang menarik. Bahkan hidup lebih tabah dan berperangai semulajadi. Merak jantan India yang sering disebut Merak jantan biru, adalah lebih umum dan tahan lasak dipelihara. Ia berkeadaan baik dalam segala iklim dingin dan cukup ramah. Merak Jantan Biru India dapat hidup dan berkembang biak di taman dan kebun tanpa bergaduh secara serius. Jika perkarangan atau taman agak kecil, mereka boleh menyebabkan kerosakan tanaman dengan memakan daun dan bunga, tetapi jika disediakan kandang yang selesa kerosakan adalah kecil. Selalunya sayap Merak akan terjejas pada ketika cuba memanjat untuk berada di atas dahan pohon, dinding-dinding dan di atas pagar. Tidak terlalu mudah untuk menghalang mereka. Namun mereka hampir tidak pernah tersesat dari kediamannya setelah ditempatkan di situ. Burung ini tentunya juga dapat dipelihara dalam kandang yang tertutup, boleh hidup dan berkembang biak dengan baik di dalamnya asalkan diberi cukup ruang dan makanan. This article is in Malay language. About painting see below.
title: peacock
medium: oil painting on canvas
size: 89cm x 71cm
year: 2009
price: myr 4,000.00
medium: oil painting on canvas
size: 89cm x 71cm
year: 2009
price: myr 4,000.00

